BAU: Kerajaan Sarawak sudah meluluskan lebih RM100 juta bagi memulakan projek menaik taraf Jalan Kuching-Bau.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini bagi menaik taraf jalan terbabit kepada dua lorong sehala
"Jalan itu walaupun tidak jauh, lebih RM100 juta sudah saya lulus. Tendernya akan dikeluarkan pada April 2023,"katanya semasa Perasmian Program SarawakKu Sayang 2022 di Pekan Siniawan di sini.
Abang Johari berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan melaksanakan projek terbabit.
“Dalam masa tiga tahun, ia
akan disiapkan," tambahnya.
Beliau berkata, setelah projek siap penduduk kawasan Bau akan menikmati jalan raya dua lorong sehala sehingga ke Kuching.
Sumber dari : Jiwa Bakti